Sistem Booking WhatsApp
Pelanggan buat tempahan di website anda, butiran lengkap terus masuk WhatsApp. Tak perlu lagi jawab "ada slot tak?" dan "berapa harga?" setiap hari.
Cara ia berfungsi
-
Pelanggan buka website anda
Dari Google, Instagram, Facebook atau link di bio.
-
Pilih servis, tarikh & masa
Harga dikira dan dipaparkan serta-merta.
-
Tempahan masuk WhatsApp anda
Lengkap dengan nama, nombor telefon dan butiran tempahan — anda cuma perlu sahkan.
Jimat Masa
Kurangkan mesej berulang — pelanggan dapat jawapan terus dari website.
Harga Segera
Pelanggan nampak harga sebelum tempah, jadi tempahan yang masuk lebih serius.
Bebas Spam
Setiap borang dilindungi daripada spam dan tempahan palsu.
Mahu tahu lebih lanjut tentang ciri lain? Baca tentang sistem tempahan online kami →
Soalan Lazim
Apa beza sistem ini dengan pelanggan WhatsApp saya terus?
Bila pelanggan WhatsApp terus, anda perlu tanya tarikh, masa, servis dan beri harga satu per satu. Dengan sistem ini, pelanggan pilih sendiri di website dan nampak harga segera — anda terima satu mesej WhatsApp yang sudah lengkap.
Perlukah saya guna WhatsApp Business?
Tidak wajib. Tempahan dihantar ke nombor WhatsApp anda, sama ada WhatsApp biasa atau WhatsApp Business.
Berapa harganya?
RM100 sebulan, termasuk domain, hosting, kemas kini dan sokongan. Lihat semua pakej di halaman harga.
Boleh saya tengok contoh dahulu?
Boleh. Lihat website tempahan yang telah kami bina di halaman showcase kami.
Sedia untuk mula?
WhatsApp kami sekarang — kami akan terangkan pakej yang sesuai, tanpa sebarang komitmen.